Wednesday, March 5, 2008

"rembau yang bernegeri sembilan"

Ini adalah kali pertama untuk saya menulis tentang Saudara Khairy Jamaluddin. Khairy dilahirkan dalam suasana elit bangsawan Melayu yang hampir keseluruhan usia pengajiannya berada rantau orang. Mendapat pendidikan awal di Singapura sehinggalah berjaya ke Oxford dalam bidang pengajian falsafah,politik dan ekonomi membuktikan beliau bukan calang2 orang. Sila rujuk laman : www.rembau.net.my untuk profil penuh beliau.
Rata2 pemimpin Malaysia yang berjaya sehingga ke tahap tertinggi politik di Malaysia adalah datangnya dari graduan2 luar negara yang sudah lama berkecimpung dalam Kelab Umno Luar Negara. Boleh dikatakan mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan dari seberang laut berjaya untuk menjadi tokoh2 politik terkemuka di Malaysia. Ini tidak menjadi persoalan kerana kepandaian dan kecerdikan mereka sudah terbukti. Pendek kata, mereka ini memang betul2 bijak. Jangan nafikan yang Khairy adalah seorang yang tidak bijak. Ini fakta.
Boleh dikatakan nasib Khairy baik kerana beliau berkahwin dengan Nori Abdullah pada 2001 yang membolehkan sinarnya dalam politik bergemerlapan. Sejak dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri pada 1999 jelas menunjukkan anak muda ini mempunyai aspirasi yang tinggi di dalam politik. Ketika itu beliau berusia 23 thn iaitu satu jangka umur yang terlalu muda untuk seseorang itu mencapai tahap seperti beliau. Rata2 pemuda yang hampir seusia dengan beliau masih lagi tercari2 akan halatuju selepas menghabiskan beberapa tahun di universiti. Beliau dikatakan seorang yang dinamik,mempunyai cita-cita yang tinggi,gigih berusaha dan boleh menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang. Beliau dikatakan juga mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang berkebolehan, mampu memajukan negara dan boleh membawa Malaysia jauh ke hadapan.Boleh dikatakan ciri2 kepimpinan beliau terserlah ketika menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu jawatan yang dipegang setelah memenangi tanpa bertanding pada Pemilihan Agung UMNO.
Benarkah andaian2 di atas?kenapa Khairy tiba2 muncul dalam arena politik Malaysia?Adakah kekuatan yang ada pada Khairy begitu hebat sehinggakan beliau kini dilihat mempunyai jalan mudah untuk menjadi pemimpin penting dalam Malaysia?dan persoalan yang paling penting sekali........LAYAKKAH BELIAU MENERUSKAN PERJUANGAN UMNO PADA MASA AKAN DATANG?
Kemunculan Khairy dalam dunia politik Malaysia adalah sesuatu yang dikatakan agak simbolik. Bagi saya, kekuatan yang ada pada Khairy adalah hanya digembar-gemburkan sahaja oleh sesetengah pihak. Jika ingin mengatakan yang beliau datangnya dari universiti kedua terbaik di dunia,pada pandangan saya,ramai lagi yang lahir dari universiti2 tersebut. Mereka juga melibatkan diri dalam dunia politik tanahair. Tetapi kenapa Khairy yang bersinar bintangnya?Graduan2 dari Imperial College, Harvard,MIT,Cambridge,Oxford,Princeton,Yale dan banyak lagi juga dihasilkan oleh Kerajaan Malaysia sejak sekian lama sehingga ke hari ini. Namun, kenapa Khairy yang menonjol? Ini sebabnya. Kekuatan yang ada pada Khairy selama ini adalah datangnya dari kelemahan kita sendiri yang seusia dengannya. Saya merujuk kepada anak2 Melayu yang seusia dengan Khairy itu sendiri. Khairy muncul dalam arena politik Umno ketika Umno itu sendiri ketandusan anak2 muda yang berwibawa yang boleh diketengahkan untuk menjadi pemimpin pelapis. Rata2 pemuda2 Melayu yang seusia dengan beliau masih dihanyutkan oleh arus peredaran zaman yang semakin mencabar baik yang berada di kampung2 atau bandar. Anak2 Melayu pada hari ini terlalu leka dengan kehidupan mereka yang masih samar2 untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Golongan ini datangnya dari golongan bawahan iaitu anak2 muda yang tidak mempunyai apa2 jawatan. Pendek kata saya rujuk mereka sebagai rakyat biasa. Bagaimana pula jika dibandingkan Khairy dengan barisan kepimpinan Umno(pemuda) pada hari ini? Boleh saya katakan, tidak ada seorang pun yang layak untuk mengisi jawatan2 penting dalam kerajaan jika dilihat dari kepimpinan Pemuda pada hari ini. Mereka berpendidikan tinggi. Mereka lahir dari golongan2 elit yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik tanahair. Tetapi satu perkara yang akan menyekat mereka dari menjadi seorang pemimpin yang berkaliber. Mereka BACUL.
Pemimpin2 PEMUDA pada hari ini, terlalu takut pada Khairy. Pemimpin2 ini terlalu takut disingkirkan atau tidak diberikan peluang dalam perniagaan atau mereka takut tidak memperolehi jawatan yang penting dalam kerajaan atau UMNO jika mereka tidak berjuang demi Khairy.Kenapa Khairy berjaya sebagai naib Pemuda UMNO tanpa melalui apa2 pertandingan?(menang tanpa bertanding)Ini merupakan satu jawatan yang penting di dalam UMNO. Kenapa perwakilan terus membiarkan beliau menguasai UMNO ketika itu?Siapa Khairy Jamaluddin sehinggakan pemimpin2 UMNO ini begitu takut kepada beliau?
saya juga ahli Pemuda UMNO. Saya mempunyai hak untuk membuat kritikan ini.
Saya tidak mahu mengkritik Khairy, tetapi saya mengkritik pemimpin2 pemuda UMNO hari ini yang boleh dikatakan terlalu lembut untuk menangani masalah ini. Jika mereka tidak lemah pada hari ini, adakah Khairy akan terus berada dalam kepimpinan tertinggi UMNO? Jika pemimpin2 ini tidak takut kepada bayang2 mereka sendiri, adakah Khairy akan terus berkuasa dalam UMNO?Jika ahli2 pemuda UMNO dan orang2 Melayu yang sebaya dengan usianya tidak lemah pada hari ini,adakah Khairy akan tidur lena sambil bermimpikan takhta kepimpinan negara? Apa yang pasti, saya tidak menyalahkan Khairy kerana beliau mampu bertahan di persada kepimpinan UMNO hingga ke hari ini. Ini bukannya datang dari kekuatan beliau, tetapi kelemahan ahli UMNO itu sendiri.

1 comment:

mie said...

ramai yang mengatakan bahawa KJ mendapat itu daripada YAB PM, sebagai menantu.
orang lain tidak berani sentuh, dengan kata lain.
pemuda-pemuda sekarang lebih suka mengikut daripada memikirkan sesuatu untuk semua, mereka dengan kata lain sebagai pak turut, hanya menuruti.
kita ada hak untuk bersuara, tetapi saluran mungkin tiada.