Wednesday, March 5, 2008

Pilihanraya terakhir buat Pak Lah?

assalamualaikum,
Masih ada lagi 3 hari lagi menjelang hari pengundian. Saya akan balik ke Baling pada hari Jumaat petang disebabkan saya ada tugasan untuk dihantar kepada pensyarah saya. Pendek kata saya masih mempunyai baki beberapa di Baling sebelum proses pengundian bermula.
Sebagai pelajar, saya juga terasa akan kehangatan bahang pilihanraya kali ini walaupun rata2 rakan sekelas saya tidak berminat untuk bercerita mengenainya( saya pasti sampai masanya nanti, pasti mereka akan lebih teruja mengenai politik di Malaysia. Isu2 yang dimainkan oleh parti2 yang bertanding pada kali ini adalah tidak berbeza dari tahun2 sebelumnya. Masih mengamalkan politik yang menyerang peribadi dan personaliti seseorang. Benarkah?Jika benar, bermakna politik di Malaysia masih lagi di tahap yang boleh dibanggakan.
Isu2 personaliti dan keperibadian adalah bukan isu pokok yang harus diketengahkan. Kenapa saya berkata begitu? Keperibadian dan personaliti seseorang itu adalah satu perkara dalaman yang sukar untuk kita terokai. Malah adalah menjadi kesukaran bagi kita untuk menilai keperibadian seseorang itu hanya dengan berlandaskan kepada keperibadian luaran. Pendek kata, bolehkah kita meneka seseorang itu baik dari segi dalamannya sedangkan kita hanya mengukur beliau dengan nada percakapannya sahaja? Tahukah kita apa yang tersirat di dalam hatinya?Mungkin ramai yang tidak dapat memahami, apa yg saya cuba maksudkan. Kiranya apa yang ingin sy sampaikan ialah memilih seseorang itu berdasarkan kepada personalitinya sahaja adalah satu tindakan yang kurang bijak.
Bagi saya, pilihanraya kali ini adalah satu2nya peluang kepada parti2 pembangkang untuk mengambil jalan mudah untuk menewaskan BN dengan mudah. Kenapa saya berkata begitu?Inilah pilihanraya yang betul2 mempunyai isu pokok dalam sesuatu pilihanraya. Isu2 pokok ini meliputi kenaikan harga barang, kedudukan ekonomi negara, perbalahan antara kaum dan keupayaan pemimpin sekarang untuk terus memajukan negara. Inilah yang dikatakan isu2 pokok yang perludimainkan oleh setiap parti. Pilihanraya di Malaysia masih ketandusan isu sebelum ini. Sejak dari zaman Tunku lagi, sehinggalah ke zaman Tun Dr Mahathir, isu personaliti yang banyak dimainkan oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Saya lebih suka merujuk kepada zaman Tun Dr. Mahathir, yang mana isu2 personaliti,kronisme dan nepotisme yang lebih mendapat tempat berbanding isu2 pokok yang saya nyatakan di atas. Kenapa tidak digunakan isu2 pokok tersebut ketika itu?Mudah jawapannya, isu2 kenaikan harga barang dan ekonomi Malaysia tidak boleh dimainkan kerana keadaan ekonomi Malaysia ketika itu stabil. Malah pada pilihanraya 1999, faktor asas pemilihan setiap pengundi adalah disebabkan personaliti( antara Anwar dan Tun) tanpa mereka merujuk langsung kepada kedudukan ekonomi Malaysia yang gawat ketika itu. Kenapa ia terjadi begitu?Ini adalah kerana kerajaan ketika itu mendapat kepercayaan rakyat bahawa mereka mampu untuk memulihkan kegawatan ketika itu. Maka rata2 akan berbalik kepada isu personaliti. Malah saya ingin nyatakan di sini ialah memang menjadi trend pengundi Malaysia,lebih tepat lagi orang Melayu yang lebih sukakan isu personaliti untuk dimainkan.
Maka keputusan pru12 adalah sesuatu yang boleh berlaku di luar jangkaan kita apabila isu2 besar seperti kenaikan harga barang dan kedudukan ekonomi Malaysia menjadi ukuran kepada faktor asas pengundian pada kali ini. Itu pun jika rakyat sedar akan masalah yang dihadapi negara sekarang. Jika ramai yang celik mengenai perkara ini, maka kerajaan hari ini akan menghadapi tentangan hebat dari pembangkang. Malah jauh lebih hebat dari 1999.
Saya tertarik kepada kata2 ramai pembesar kerajaan yang mengatakan Malaysia adalah di tahap ekonomi yang membanggakan. Knaikan indeks komposit dan nilai ekonomi yang Malaysia yang semakin bertambah menjadi ukuran untuk memancing pengundi. Benarkah Malaysia berada pada tahap ekonomi yang amat membanggakan ini? Jika benar, kenapa rakyat hidup dalam keadaan yang membebankan kerana kenaikan harga? Kita berbangga dengan kenaikan indeks komposit BSKL,adakah kita juga berbangga dengan kenaikan harga barang? Apa signifikannya kenaikan indeks komposit kepada rakyat biasa yang hanya bekerja sebagai petani,buruh dan nelayan?Mereka ini ada syerkah dalam kaunter2 di BSKL tersebut?
Petronas,TNB dan GLC2 lain mencecah untung berbilion2 ringgit dan pihak2 tertentu berbangga dengan kejayaan itu. Namun, berkongsikah mereka dengan rakyat2 biasa yang lain?Rakyat tetap hidup dalam tekanan ekonomi. Soal kecekapan memerintah negara juga menjadi satu isu penting yang perlu diambil kira. Pendek kata banyak isu2 yang hangat dan besar yang boleh diketengahkan dalam PRU12 ini. Apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan selama 4thun setelah mendapat mandat yang besar dari rakyat pada 2004?Tertunaikah janji2 kerajaan dalam Pilihanraya terdahulu?Berjanjikah lagi mereka dalam pilihanraya kali ini?
Kesemua2 isu2 di atas jika diambil kira oleh setiap pengundi, maka bagi saya akan berlaku banyak kejutan di beberapa kawasan. Malah akan berlaku kejutan di beberapa buah negeri.
Adakah ini pilihanraya terakhir buat Pak Lah?.......kita nantikan

No comments: