Tuesday, March 11, 2008

malaysia selepas 8 mac..................

Di sebalik kekalahan besar BN dalam pilihanraya pada kali ini, masih ada lagi golongan2 manusia yang menidakkan faktor Pak Lah dan menantunya yang menjadi punca kepada gelombang tsunami pada 8 Mac lalu. Adakah mereka berpura2 masih menyokong Pak Lah lagi atau sengaja berbuat demikian bagi membolehkan Pak Lah sendiri yang mengucapkan bahawa beliaulah yang telah memusnahkan BN dan UMNO itu sendiri.
Adakah Pak Lah ingin menunggu sehingga Perhimpunan Agung UMNO untuk menyatakan tentang pengunduran beliau dalam arena politik tanahair? Atau beliau masih lagi "bernafsu" untuk membaiki bantera BN yang sudah robek dibedil meriam? Atau Pak Lah sedang berbincang dengan "penasihat2" beliau di Tingkat 4 bagaimana untuk kembali menagih simpati rakyat?
Johari Baharum muncul wira pada kali ini untuk menyelamatkan "bossnya". Tidak pula kelihatan Nazri menghunuskan kerisnya seperti yang selalu dilakukannya. Tidak pula menangis Rafidah kali ini apabila Pak Lah ditekan supaya letak jawatan?Mahadzir Khalid pula seolah2 seperti badut yang terkial2 setelah negerinya dirampas oleh pejuang2 BA. Cuma yang masih berdiri teguh di belakang Pak Lah seperti biasa ialah golongan2 dari New Straits Times yang masih lagi menidakkan kebodohan Pak Lah.
Saya terfikir seketika, mengapa golongan2 ini masih menyokong Pak Lah sedangkan mereka sendiri tahu kerana Pak Lahlah mereka kehilangan kawan2 mereka di dalam Parlimen atau DUN.
bagi golongan2 penyokong ini, pastilah mereka akan berjuang sehingga titisan darah terakhir untuk mempertahankan Pak Lah kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Berundurnya Pak Lah bagi mereka, maka berakhirlah jua perjuangan mereka.
Inilah senario yang melewati dunia politik Malaysia selepas 3 Mac. Apa yang pelik bagi saya ialah ke mana menghilangnya Khairy ? Sudah berkemas2kah beliau untuk lari ke Singapura? Inilah dia anak muda kebanggaan Malaysia yang lahir dari Oxford. Tidak pula saya melihat komen beliau di dada akhbar 2-3 hari selepas 3 Mac. Malah beliau sendiri tidak langsung mempertahankan bapa mertuanya yang hangat ditekan supaya letak jawatan.
Inilah yang dikatakan dunia politik yang penuh dengan kekotoran. Politik itu tidak kotor tetapi manusia yang mengotorkannya. Sifat tamak, bongkak dan iri hati wujud di dalam dunia politik tanahair.
Saya terbaca komen Pak Lah di dalam sebuah akhbar yang menyatakan beliau masih lagi disokong oleh ahli2 UMNO. Siapakah ahli2 UMNO yang disebutkan Pak Lah itu? Ingin pula bertanyakan nama2 ahli UMNO yang menyokong Pak Lah sehingga ke hari ini.
Terlupa pula saya menyebutkan nama Kalimullah.......ke mana juga menghilangnya beliau?
Saya merayu sekali lagi...........................kepada semua ahli2 UMNO, jika Pak Lah masih berkeras untuk tidak meletakkan jawatannya, maka kita semua patut bertindak!!!!Baculkah kita?Bodohkah kita?

Friday, March 7, 2008

Muda tidak bererti bodoh......janji bukan penentu segalanya.....

Saya baru pulang dari pusat pengundian di salah sebuah sekolah di Baling. Rata2 ramai pengundi2 sudah keluar mengundi sejak awal pagi lagi. Keadaan di Baling adalah terkawal sehingga ke detik ini.
Saya pulang dari Kuala Lumpur dan sampai ke Baling kira2 pukul 8.30 malam tadi dan saya bertuah kerana masih sempat untuk melihat suasana terakhir kem2 parti yang bertanding di samping kempen2 mereka pada malam terakhir untuk berkempen. Saya menghabiskan masa di Pusat Gerakan BN Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim selama 2 jam. Bukan untuk membodek, tetapi hanya untuk melihat suasana di situ ( sepatutnya yang membodek ialah calon ).
Dua jam berada di sana, sudah ada isu yang ingin saya katakan di dalam ruangan ini. Saya lihat, terlalu ramai anak2 muda belasan tahun yang rata2 masih bersekolah menengah yang menjadi "tulang belakang" bagi Datuk Azeez. Apa tidaknya, Ketua Putera yang bertanding, pastinya anak2 buah mereka menjadi barisan hadapan. Boleh saya katakan, Datuk Azeez adalah seorang yang berpandangan jauh apabila sudah mula "melatih" golongan2 ini menceburi bidang politik.
Ketika majlis "Pemuda Gempur" daerah Baling juga, suasananya juga tidak berubah. Dewan dipenuhi dengan barisan orang2 muda keseluruhannya. Saya kagum pada malam tersebut. Bahkan ada yang mengatakan , UMNO berjaya menghimpunkan ramai orang2 muda untuk bersama2 UMNO berjuang pada pilihanraya kali ini.
Ada sesuatu yang bermain di fikiran saya.

" Adakah golongan2 muda ini tahu apakah perjuangan UMNO yang sebenarnya atau mereka hanya menjadi "bahan" yang diperalatkan oleh sesetengah pihak untuk berkempen demi UMNO?"

"Tidakkah terlalu muda bagi mereka untuk semua ini?"


Pasti ramai yang tidak bersetuju dengan saya jika saya katakan golongan2 muda ini tidak patut diperlakukan sebegitu. Mereka terlalu muda untuk semua ini. Kalau yang sudah menghabiskan pengajian di peringkat sekolah menengah, saya galakkan. Tetapi yang hadir di majlis2 tersebut, rata2nya masih lagi bersekolah menengah. Merekalah yang mengikat di kepala dengan tanda BN. Merekalah yang memakai bendera BN meyelimuti seluruh badan. Mereka mengibarkan bendera BN sambil menyebut "Undi BN". Mereka menaiki motor dengan memegang bendera BN mengikuti sahaja ke mana seperti yang diarahkan. Mereka membanjiri seluruh pekan Baling dengan nada megah di dalam hati bahawa BN lah akan menang dalam pilihanraya pada kali ini.
Saya kagumi anak2 muda ini. Cuma, janganlah memperalatkan mereka. Malah saya bolehlah katakan, seolah2 mereka ini diperbodohkan demi kepentingan calon yang bertanding. Mungkin keras kata2 saya ini. Saya lihat seolah2 UMNO Baling "memperalatkan" golongan2 muda ini. Masih ramai lagi ahli2 pemuda Umno dan Putera yang ada. Jangan melibatkan mereka. Banyak lagi program yang boleh diberikan kepada mereka. Mereka boleh menceburi politik, tetapi bukan ini masanya lagi.
Saya ahli Pemuda Umno Baling. Saya nyatakan pendapat saya ini bukan kerana membenci UMNO. Saya ingin lihat UMNO menjadi sebuah parti yang kuat, bukan parti yang akan menjadi lemah. Saya mengkritik kepimpinan UMNO pada hari ini, bukanlah untuk menghancurkan UMNO itu. Tetapi saya mengkritik corak dan pentadbiran dalam UMNO itu.
Begitu juga dengan ahli2 Putera dan Pemuda UMNO. Saya lihat sesetengah pihak menggunakan "semangat luar biasa" yang ada pada golongan2 muda ini dengan menjadikan mereka "balaci dan kuli" kepada jentera pilihanraya UMNO. Jika PAS menggunakan golongan2 ini, jangan pula kita di dalam UMNO juga membuat perkara yang sama. Golongan2 muda ini seolah2 diberikan "gula-gula" sewaktu mereka2 yang tidak bertanggungjawab ini ingin memenangi pilihanraya. Apabila selesai pilihanraya ini, golongan2 "kuli" ini ditinggalkan mereka. Mereka dibiarkan terus tanpa membuat sebarang program kepada mereka.
Datuk Azeez merupakan Ketua Putera UMNO Malaysia dan beliau bertanding di Parlimen Baling. Bonus untuk anak2 muda Baling. Ini cabaran saya kepada beliau.

1. Membanteras terus gejala dadah yang terus meyelimuti golongan2 muda di Baling.

2. Pastikan ramai anak2 muda Baling berjaya memasuki universiti setelah tamat pengajian.(maksud saya memberikan program ketika tempoh pembelajaran di sekolah menengah)

3. Membina pusat2 kemahiran untuk melatih golongan muda yang keciciran setelah tamat Tingkatan Lima.

4. mempastikan anak2 muda Baling berjaya mendapat pekerjaan sama ada di dalam kawasan Baling atau kawasan2 luar ( dengan mengadakan Career Fair atau bengkel2 mengenai pendedahan alam pekerjaan)

5. Mempastikan janji untuk berusaha membina universiti dan membina kilang2 di Baling terlaksana.


Jangan kerana janji2 itu, beliau mengalami nasib yang sama seperti Datuk Dr Mashitah yang kini hidup dalam "buangan". Saya akan menghabiskan pengajian saya pada 2010 dan Insya Allah saya akan pulang bekerja di Baling. Apa yang ingin saya nyatakan, gerak geri calon yang terpilih pada kali ini, akan diperhatikan selama mereka menjadi wakil kepada Baling. Jika silap percaturan mereka, pasti Baling tidak akan memaafkan mereka.

Wednesday, March 5, 2008

"rembau yang bernegeri sembilan"

Ini adalah kali pertama untuk saya menulis tentang Saudara Khairy Jamaluddin. Khairy dilahirkan dalam suasana elit bangsawan Melayu yang hampir keseluruhan usia pengajiannya berada rantau orang. Mendapat pendidikan awal di Singapura sehinggalah berjaya ke Oxford dalam bidang pengajian falsafah,politik dan ekonomi membuktikan beliau bukan calang2 orang. Sila rujuk laman : www.rembau.net.my untuk profil penuh beliau.
Rata2 pemimpin Malaysia yang berjaya sehingga ke tahap tertinggi politik di Malaysia adalah datangnya dari graduan2 luar negara yang sudah lama berkecimpung dalam Kelab Umno Luar Negara. Boleh dikatakan mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan dari seberang laut berjaya untuk menjadi tokoh2 politik terkemuka di Malaysia. Ini tidak menjadi persoalan kerana kepandaian dan kecerdikan mereka sudah terbukti. Pendek kata, mereka ini memang betul2 bijak. Jangan nafikan yang Khairy adalah seorang yang tidak bijak. Ini fakta.
Boleh dikatakan nasib Khairy baik kerana beliau berkahwin dengan Nori Abdullah pada 2001 yang membolehkan sinarnya dalam politik bergemerlapan. Sejak dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri pada 1999 jelas menunjukkan anak muda ini mempunyai aspirasi yang tinggi di dalam politik. Ketika itu beliau berusia 23 thn iaitu satu jangka umur yang terlalu muda untuk seseorang itu mencapai tahap seperti beliau. Rata2 pemuda yang hampir seusia dengan beliau masih lagi tercari2 akan halatuju selepas menghabiskan beberapa tahun di universiti. Beliau dikatakan seorang yang dinamik,mempunyai cita-cita yang tinggi,gigih berusaha dan boleh menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang. Beliau dikatakan juga mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang berkebolehan, mampu memajukan negara dan boleh membawa Malaysia jauh ke hadapan.Boleh dikatakan ciri2 kepimpinan beliau terserlah ketika menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu jawatan yang dipegang setelah memenangi tanpa bertanding pada Pemilihan Agung UMNO.
Benarkah andaian2 di atas?kenapa Khairy tiba2 muncul dalam arena politik Malaysia?Adakah kekuatan yang ada pada Khairy begitu hebat sehinggakan beliau kini dilihat mempunyai jalan mudah untuk menjadi pemimpin penting dalam Malaysia?dan persoalan yang paling penting sekali........LAYAKKAH BELIAU MENERUSKAN PERJUANGAN UMNO PADA MASA AKAN DATANG?
Kemunculan Khairy dalam dunia politik Malaysia adalah sesuatu yang dikatakan agak simbolik. Bagi saya, kekuatan yang ada pada Khairy adalah hanya digembar-gemburkan sahaja oleh sesetengah pihak. Jika ingin mengatakan yang beliau datangnya dari universiti kedua terbaik di dunia,pada pandangan saya,ramai lagi yang lahir dari universiti2 tersebut. Mereka juga melibatkan diri dalam dunia politik tanahair. Tetapi kenapa Khairy yang bersinar bintangnya?Graduan2 dari Imperial College, Harvard,MIT,Cambridge,Oxford,Princeton,Yale dan banyak lagi juga dihasilkan oleh Kerajaan Malaysia sejak sekian lama sehingga ke hari ini. Namun, kenapa Khairy yang menonjol? Ini sebabnya. Kekuatan yang ada pada Khairy selama ini adalah datangnya dari kelemahan kita sendiri yang seusia dengannya. Saya merujuk kepada anak2 Melayu yang seusia dengan Khairy itu sendiri. Khairy muncul dalam arena politik Umno ketika Umno itu sendiri ketandusan anak2 muda yang berwibawa yang boleh diketengahkan untuk menjadi pemimpin pelapis. Rata2 pemuda2 Melayu yang seusia dengan beliau masih dihanyutkan oleh arus peredaran zaman yang semakin mencabar baik yang berada di kampung2 atau bandar. Anak2 Melayu pada hari ini terlalu leka dengan kehidupan mereka yang masih samar2 untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Golongan ini datangnya dari golongan bawahan iaitu anak2 muda yang tidak mempunyai apa2 jawatan. Pendek kata saya rujuk mereka sebagai rakyat biasa. Bagaimana pula jika dibandingkan Khairy dengan barisan kepimpinan Umno(pemuda) pada hari ini? Boleh saya katakan, tidak ada seorang pun yang layak untuk mengisi jawatan2 penting dalam kerajaan jika dilihat dari kepimpinan Pemuda pada hari ini. Mereka berpendidikan tinggi. Mereka lahir dari golongan2 elit yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik tanahair. Tetapi satu perkara yang akan menyekat mereka dari menjadi seorang pemimpin yang berkaliber. Mereka BACUL.
Pemimpin2 PEMUDA pada hari ini, terlalu takut pada Khairy. Pemimpin2 ini terlalu takut disingkirkan atau tidak diberikan peluang dalam perniagaan atau mereka takut tidak memperolehi jawatan yang penting dalam kerajaan atau UMNO jika mereka tidak berjuang demi Khairy.Kenapa Khairy berjaya sebagai naib Pemuda UMNO tanpa melalui apa2 pertandingan?(menang tanpa bertanding)Ini merupakan satu jawatan yang penting di dalam UMNO. Kenapa perwakilan terus membiarkan beliau menguasai UMNO ketika itu?Siapa Khairy Jamaluddin sehinggakan pemimpin2 UMNO ini begitu takut kepada beliau?
saya juga ahli Pemuda UMNO. Saya mempunyai hak untuk membuat kritikan ini.
Saya tidak mahu mengkritik Khairy, tetapi saya mengkritik pemimpin2 pemuda UMNO hari ini yang boleh dikatakan terlalu lembut untuk menangani masalah ini. Jika mereka tidak lemah pada hari ini, adakah Khairy akan terus berada dalam kepimpinan tertinggi UMNO? Jika pemimpin2 ini tidak takut kepada bayang2 mereka sendiri, adakah Khairy akan terus berkuasa dalam UMNO?Jika ahli2 pemuda UMNO dan orang2 Melayu yang sebaya dengan usianya tidak lemah pada hari ini,adakah Khairy akan tidur lena sambil bermimpikan takhta kepimpinan negara? Apa yang pasti, saya tidak menyalahkan Khairy kerana beliau mampu bertahan di persada kepimpinan UMNO hingga ke hari ini. Ini bukannya datang dari kekuatan beliau, tetapi kelemahan ahli UMNO itu sendiri.

Pilihanraya terakhir buat Pak Lah?

assalamualaikum,
Masih ada lagi 3 hari lagi menjelang hari pengundian. Saya akan balik ke Baling pada hari Jumaat petang disebabkan saya ada tugasan untuk dihantar kepada pensyarah saya. Pendek kata saya masih mempunyai baki beberapa di Baling sebelum proses pengundian bermula.
Sebagai pelajar, saya juga terasa akan kehangatan bahang pilihanraya kali ini walaupun rata2 rakan sekelas saya tidak berminat untuk bercerita mengenainya( saya pasti sampai masanya nanti, pasti mereka akan lebih teruja mengenai politik di Malaysia. Isu2 yang dimainkan oleh parti2 yang bertanding pada kali ini adalah tidak berbeza dari tahun2 sebelumnya. Masih mengamalkan politik yang menyerang peribadi dan personaliti seseorang. Benarkah?Jika benar, bermakna politik di Malaysia masih lagi di tahap yang boleh dibanggakan.
Isu2 personaliti dan keperibadian adalah bukan isu pokok yang harus diketengahkan. Kenapa saya berkata begitu? Keperibadian dan personaliti seseorang itu adalah satu perkara dalaman yang sukar untuk kita terokai. Malah adalah menjadi kesukaran bagi kita untuk menilai keperibadian seseorang itu hanya dengan berlandaskan kepada keperibadian luaran. Pendek kata, bolehkah kita meneka seseorang itu baik dari segi dalamannya sedangkan kita hanya mengukur beliau dengan nada percakapannya sahaja? Tahukah kita apa yang tersirat di dalam hatinya?Mungkin ramai yang tidak dapat memahami, apa yg saya cuba maksudkan. Kiranya apa yang ingin sy sampaikan ialah memilih seseorang itu berdasarkan kepada personalitinya sahaja adalah satu tindakan yang kurang bijak.
Bagi saya, pilihanraya kali ini adalah satu2nya peluang kepada parti2 pembangkang untuk mengambil jalan mudah untuk menewaskan BN dengan mudah. Kenapa saya berkata begitu?Inilah pilihanraya yang betul2 mempunyai isu pokok dalam sesuatu pilihanraya. Isu2 pokok ini meliputi kenaikan harga barang, kedudukan ekonomi negara, perbalahan antara kaum dan keupayaan pemimpin sekarang untuk terus memajukan negara. Inilah yang dikatakan isu2 pokok yang perludimainkan oleh setiap parti. Pilihanraya di Malaysia masih ketandusan isu sebelum ini. Sejak dari zaman Tunku lagi, sehinggalah ke zaman Tun Dr Mahathir, isu personaliti yang banyak dimainkan oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Saya lebih suka merujuk kepada zaman Tun Dr. Mahathir, yang mana isu2 personaliti,kronisme dan nepotisme yang lebih mendapat tempat berbanding isu2 pokok yang saya nyatakan di atas. Kenapa tidak digunakan isu2 pokok tersebut ketika itu?Mudah jawapannya, isu2 kenaikan harga barang dan ekonomi Malaysia tidak boleh dimainkan kerana keadaan ekonomi Malaysia ketika itu stabil. Malah pada pilihanraya 1999, faktor asas pemilihan setiap pengundi adalah disebabkan personaliti( antara Anwar dan Tun) tanpa mereka merujuk langsung kepada kedudukan ekonomi Malaysia yang gawat ketika itu. Kenapa ia terjadi begitu?Ini adalah kerana kerajaan ketika itu mendapat kepercayaan rakyat bahawa mereka mampu untuk memulihkan kegawatan ketika itu. Maka rata2 akan berbalik kepada isu personaliti. Malah saya ingin nyatakan di sini ialah memang menjadi trend pengundi Malaysia,lebih tepat lagi orang Melayu yang lebih sukakan isu personaliti untuk dimainkan.
Maka keputusan pru12 adalah sesuatu yang boleh berlaku di luar jangkaan kita apabila isu2 besar seperti kenaikan harga barang dan kedudukan ekonomi Malaysia menjadi ukuran kepada faktor asas pengundian pada kali ini. Itu pun jika rakyat sedar akan masalah yang dihadapi negara sekarang. Jika ramai yang celik mengenai perkara ini, maka kerajaan hari ini akan menghadapi tentangan hebat dari pembangkang. Malah jauh lebih hebat dari 1999.
Saya tertarik kepada kata2 ramai pembesar kerajaan yang mengatakan Malaysia adalah di tahap ekonomi yang membanggakan. Knaikan indeks komposit dan nilai ekonomi yang Malaysia yang semakin bertambah menjadi ukuran untuk memancing pengundi. Benarkah Malaysia berada pada tahap ekonomi yang amat membanggakan ini? Jika benar, kenapa rakyat hidup dalam keadaan yang membebankan kerana kenaikan harga? Kita berbangga dengan kenaikan indeks komposit BSKL,adakah kita juga berbangga dengan kenaikan harga barang? Apa signifikannya kenaikan indeks komposit kepada rakyat biasa yang hanya bekerja sebagai petani,buruh dan nelayan?Mereka ini ada syerkah dalam kaunter2 di BSKL tersebut?
Petronas,TNB dan GLC2 lain mencecah untung berbilion2 ringgit dan pihak2 tertentu berbangga dengan kejayaan itu. Namun, berkongsikah mereka dengan rakyat2 biasa yang lain?Rakyat tetap hidup dalam tekanan ekonomi. Soal kecekapan memerintah negara juga menjadi satu isu penting yang perlu diambil kira. Pendek kata banyak isu2 yang hangat dan besar yang boleh diketengahkan dalam PRU12 ini. Apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan selama 4thun setelah mendapat mandat yang besar dari rakyat pada 2004?Tertunaikah janji2 kerajaan dalam Pilihanraya terdahulu?Berjanjikah lagi mereka dalam pilihanraya kali ini?
Kesemua2 isu2 di atas jika diambil kira oleh setiap pengundi, maka bagi saya akan berlaku banyak kejutan di beberapa kawasan. Malah akan berlaku kejutan di beberapa buah negeri.
Adakah ini pilihanraya terakhir buat Pak Lah?.......kita nantikan