Friday, March 7, 2008

Muda tidak bererti bodoh......janji bukan penentu segalanya.....

Saya baru pulang dari pusat pengundian di salah sebuah sekolah di Baling. Rata2 ramai pengundi2 sudah keluar mengundi sejak awal pagi lagi. Keadaan di Baling adalah terkawal sehingga ke detik ini.
Saya pulang dari Kuala Lumpur dan sampai ke Baling kira2 pukul 8.30 malam tadi dan saya bertuah kerana masih sempat untuk melihat suasana terakhir kem2 parti yang bertanding di samping kempen2 mereka pada malam terakhir untuk berkempen. Saya menghabiskan masa di Pusat Gerakan BN Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim selama 2 jam. Bukan untuk membodek, tetapi hanya untuk melihat suasana di situ ( sepatutnya yang membodek ialah calon ).
Dua jam berada di sana, sudah ada isu yang ingin saya katakan di dalam ruangan ini. Saya lihat, terlalu ramai anak2 muda belasan tahun yang rata2 masih bersekolah menengah yang menjadi "tulang belakang" bagi Datuk Azeez. Apa tidaknya, Ketua Putera yang bertanding, pastinya anak2 buah mereka menjadi barisan hadapan. Boleh saya katakan, Datuk Azeez adalah seorang yang berpandangan jauh apabila sudah mula "melatih" golongan2 ini menceburi bidang politik.
Ketika majlis "Pemuda Gempur" daerah Baling juga, suasananya juga tidak berubah. Dewan dipenuhi dengan barisan orang2 muda keseluruhannya. Saya kagum pada malam tersebut. Bahkan ada yang mengatakan , UMNO berjaya menghimpunkan ramai orang2 muda untuk bersama2 UMNO berjuang pada pilihanraya kali ini.
Ada sesuatu yang bermain di fikiran saya.

" Adakah golongan2 muda ini tahu apakah perjuangan UMNO yang sebenarnya atau mereka hanya menjadi "bahan" yang diperalatkan oleh sesetengah pihak untuk berkempen demi UMNO?"

"Tidakkah terlalu muda bagi mereka untuk semua ini?"


Pasti ramai yang tidak bersetuju dengan saya jika saya katakan golongan2 muda ini tidak patut diperlakukan sebegitu. Mereka terlalu muda untuk semua ini. Kalau yang sudah menghabiskan pengajian di peringkat sekolah menengah, saya galakkan. Tetapi yang hadir di majlis2 tersebut, rata2nya masih lagi bersekolah menengah. Merekalah yang mengikat di kepala dengan tanda BN. Merekalah yang memakai bendera BN meyelimuti seluruh badan. Mereka mengibarkan bendera BN sambil menyebut "Undi BN". Mereka menaiki motor dengan memegang bendera BN mengikuti sahaja ke mana seperti yang diarahkan. Mereka membanjiri seluruh pekan Baling dengan nada megah di dalam hati bahawa BN lah akan menang dalam pilihanraya pada kali ini.
Saya kagumi anak2 muda ini. Cuma, janganlah memperalatkan mereka. Malah saya bolehlah katakan, seolah2 mereka ini diperbodohkan demi kepentingan calon yang bertanding. Mungkin keras kata2 saya ini. Saya lihat seolah2 UMNO Baling "memperalatkan" golongan2 muda ini. Masih ramai lagi ahli2 pemuda Umno dan Putera yang ada. Jangan melibatkan mereka. Banyak lagi program yang boleh diberikan kepada mereka. Mereka boleh menceburi politik, tetapi bukan ini masanya lagi.
Saya ahli Pemuda Umno Baling. Saya nyatakan pendapat saya ini bukan kerana membenci UMNO. Saya ingin lihat UMNO menjadi sebuah parti yang kuat, bukan parti yang akan menjadi lemah. Saya mengkritik kepimpinan UMNO pada hari ini, bukanlah untuk menghancurkan UMNO itu. Tetapi saya mengkritik corak dan pentadbiran dalam UMNO itu.
Begitu juga dengan ahli2 Putera dan Pemuda UMNO. Saya lihat sesetengah pihak menggunakan "semangat luar biasa" yang ada pada golongan2 muda ini dengan menjadikan mereka "balaci dan kuli" kepada jentera pilihanraya UMNO. Jika PAS menggunakan golongan2 ini, jangan pula kita di dalam UMNO juga membuat perkara yang sama. Golongan2 muda ini seolah2 diberikan "gula-gula" sewaktu mereka2 yang tidak bertanggungjawab ini ingin memenangi pilihanraya. Apabila selesai pilihanraya ini, golongan2 "kuli" ini ditinggalkan mereka. Mereka dibiarkan terus tanpa membuat sebarang program kepada mereka.
Datuk Azeez merupakan Ketua Putera UMNO Malaysia dan beliau bertanding di Parlimen Baling. Bonus untuk anak2 muda Baling. Ini cabaran saya kepada beliau.

1. Membanteras terus gejala dadah yang terus meyelimuti golongan2 muda di Baling.

2. Pastikan ramai anak2 muda Baling berjaya memasuki universiti setelah tamat pengajian.(maksud saya memberikan program ketika tempoh pembelajaran di sekolah menengah)

3. Membina pusat2 kemahiran untuk melatih golongan muda yang keciciran setelah tamat Tingkatan Lima.

4. mempastikan anak2 muda Baling berjaya mendapat pekerjaan sama ada di dalam kawasan Baling atau kawasan2 luar ( dengan mengadakan Career Fair atau bengkel2 mengenai pendedahan alam pekerjaan)

5. Mempastikan janji untuk berusaha membina universiti dan membina kilang2 di Baling terlaksana.


Jangan kerana janji2 itu, beliau mengalami nasib yang sama seperti Datuk Dr Mashitah yang kini hidup dalam "buangan". Saya akan menghabiskan pengajian saya pada 2010 dan Insya Allah saya akan pulang bekerja di Baling. Apa yang ingin saya nyatakan, gerak geri calon yang terpilih pada kali ini, akan diperhatikan selama mereka menjadi wakil kepada Baling. Jika silap percaturan mereka, pasti Baling tidak akan memaafkan mereka.

No comments: