Thursday, July 3, 2008

anwar,najib,pak lah dan ............

Apabila rakyat sudah menyaksikan betapa rapuhnya benteng kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang lepas, rata2 ingin pula menyaksikan bagaimana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah menerajui tampuk pemerintahan berbekalkan mandat yang goyah yg diperolehi beliau.
Diringkaskan rentetan2 peristiwa2 buruk yang berlaku selepas teruknya BN dibelasah kepada suatu peristiwa yang boleh dianggap ramai sebagai yg terhangat untuk dibualkan.-kes liwat anwar ibrahim.
Sebelum ini ada ada terbaca di dalam blog Datuk Kadir Jasin suatu masa dahulu yang membuat satu analisis bahawa akan wujudnya berbagai2 pakatan selepas PRU12 dan salah satu andaian beliau adalah berkemungkinannya wujud pakatan ANWAR-ABDULLAH. Saya melihat posting beliau dari sudut sebagai seorang pelajar yang masih belum mengetahui akan sepak terajang dalam dunia politik. Saya cuba fahami dengan jelas ketika itu dan akhirnya hari ini saya pula terikut2 untuk membuat satu andaian. Adakah andaian Datuk Kadir jasin benar2 berlaku?
Saya cuba untuk mengaitkannya dengan rentetan kisah2 lama bermula dari pembebasan Anwar Ibrahim(maaf kerana tidak memberikan Datuk Seri kpd beliau) sehinggalah kepada berlakunya tuduhan kepada Datuk Seri najib berhubung kes Altantuya Shaaribu dan terus pula dipanjangkan kepada kes terbaru iaitu kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari.
Plot cerita2 di atas apabila difikirkan secara panjang lebarnya,seolah2 ada suatu kesinambungan dan boleh dikatakan wujud suatu kesempurnaan olahan cerita tersebut.

ADAKAH WUJUD SATU KONSPIRASI?
Apabila ingin bercakap tentang wujudnya konspirasi, cuba kita analisis adakah konspirasi ini diwujudkan oleh pihak Anwar?Bagaimana pula dengan Najib?kem Abdullah pula bagaimana?
teori 1-diwujudkan konspirasi ini oleh Anwar
- Tujuannya adalah satu iaitu untuk menjatuhkan Najib.Kenapa Najib?Bukan Abdullah?
teori 2- diwujudkan konspirasi ini oleh Najib
- Tujuan beliau adalah untuk menutup kisah beliau mengenai kes Altantuya. Namun, kenapa dipilih cara "meliwat" iaitu seolah2 menggunakan modus operandi yang sama untuk membunuh mangsa yang sama. Tidakkah bodoh untuk Najib berbuat demikian?
teori 3- diwujudkan konspirasi ini oleh Abdullah
- Tujuannya adalah untuk menutup terus peluang Anwar untuk berpolitik. Bagaimana pula jika ia dijadikan senjata untuk mengugut Najib supaya tidak bertindak menentang beliau dalam pemilihan UMNO Disember ini?Senjata apa pula untuk Abdullah gunakan untuk membunuh Tengku Razaleigh atau Muhyiddin Yasin menentang beliau?

ADAKAH BENAR2 WUJUD PAKATAN ABDULLAH-ANWAR
Berdasarkan pengamatan saya, KES LIWAT ANWAR ini merupakan suatu plot cerita yang hampir sempurna babaknya. Bagaimana cepatnya tersebar gambar2 Saiful Bukhari di Pejabat Datuk Najib dan gambar2 beliau bersama beberapa Menteri tersebar luas di internet sehinggakan seolah2 ianya satu drama yang cukup sempurna pengarahannya. Malah, peristiwa ini berlaku ketika masa yang amat sesuai untuk dibicarakan oleh umum iaitu :
- ketika politik Abdullah semakin goyang
- ketika Najib seolah2 membuat bayangan untuk bertanding jawatan Presiden
- ketika Anwar semakin terdesak untuk membentuk kerajaan impiannya setelah ramalannya MP dari BN lompat parti tidak menjadi kenyataan.
- ketika rakyat Malaysia dihimpit kemelut harga barang dan minyak yang tinggi parasnya.

NAJIB HANYA MANGSA KEGANASAN POLITIK?
Apabila difikirkan secara mendalam, Najiblah antara orang yang boleh saya keluarkan daripada menjadi pengarah untuk konspirasi ini kerana faedah kepada beliau amat2 sedikit sekali. Apa tidaknya, Abdullah sudah menjanjikan jawatan PM kepada beliau. Mengapa perlu beliau melakukan suatu rancangan yang boleh membahayakan politik beliau sendiri?Beliau juga tahu, mengapa perlu dibuat konspirasi itu semata2 untuk menutup kes beliau yang dikaitkan dengan Altantuya sedangkan rakyat menerima beliau dalam PRU12 dengan majoriti yang meningkaT.

MELONTAR SEKETUL BATU UNTUK MEMBUNUH DUA EKOR BURUNG.NAMUN, SIAPAKAH PELONTARNYA DAN BURUNG MANAKAH YANG INGIN DIBUNUHNYA?
Jika Abdullah adalah perancangnya, cuba kita analisis apakah faedah dari konspirasi ini. Saya dapat simpulkan kepada satu natijahnya. Ia dilihat sebagai ugutan kepada Najib supaya tidak menentangnya dalam pemilihan UMNO Disember ini. Itu adalah faedah jangka pendeknya. Untuk jangka panjang pula, ia dilihat memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang ingin menentang beliau supaya berhati2 kerana beliau mampu melakukakan sesuatu diluar jangkaan ramai demi mempertahankan kerusi beliau sebagai Presiden. Malah, beliau mahu rakyat melupakan episod mengenai lemahnya beliau sebagai ketua negara Malaysia.
Jika Anwar adalah perancangnya, cuba pula kita analisis faedah kepada beliau. Mudah sahaja kesimpulan saya. Beliau ingin rakyat Malaysia supaya kembali ke zaman pemecatan beliau 10 tahun dahulu, bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu adalah salah kerana memecat beliau. Tidak cukup dengan itu, sesiapa yang berada di sebalik tabir peristiwa hitam 10 tahun dahulu akan dihukum oleh beliau sendiri. Buktinya, Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sudah diheret oleh beliau untuk disiasat oleh BPR. Malah, tanpa Najib yang dianggap penghalang kepada beliau untuk kembali kepada UMNO, ini adalah konspirasi terbaik beliau untuk meraih simpati rakyat pada amnya dan khususnya kepada ahli2 UMNO.

KESIMPULAN AWAL
Apabila dianalis secara mendalam, jika betul wujudnya suatu konspirasi disebalik kes liwat ini,maka orang yang menyusun,menyunting,mengarah atau menerbitkannya bukan HANYA MELIBATKAN SEORANG INDIVIDU YANG DISEBUTKAN DI ATAS(NAJIB,ANWAR,ABDULLAH). Analisis ini menyimpulkan bahawa cerita ini digarap oleh Abdullah dan kemnya dan kemudian dibantu secara nyata oleh Anwar Ibrahim dan sekutu2nya. Mudah sahaja. ABDULLAH BERJAYA MENAKUTKAN SERTA MENGHAPUSKAN MUSUHNYA dan ANWAR PULA BERJAYA MEMBALAS DENDAM TERHADAP MUSUHNYA.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya rasa analisis Cik/Puan tidak tepat malah kurang bermaya dan tidak ada yang baru. Maaflah ya...Ia lebih menyorot kepada satu andaian yang sukar untuk dipegang kerana ia tidak ada pillar untuk menyokong.Ia mirip komen penyokong DSAI dan Kerajaan dalam laman-laman blog .

Dalam membuat analisis yang berkesan kita tidak boleh terpengaruh dengan pandangan orang yang mempengaruhi stand kita.Kita perlu umpamakan seperti menyediakan tesis yang perlu bersandarkan bukti dan pembuktian, kajian lepas, kerangka teori,permaalahan. Kemudian dikaitkan dengan perkembangan semasa yang berlaku baru analisis kita menjadi menarik. Tidak kurang dua perkara penting perlu dijadiakan asas dan diambil kira dalam menganalisis tuduhan liwat DSAI ini.

1. Senario kes pertama 1998. Bukan satu tuduhan tapi lebih.
2. Keputusan penghakiman terhadap kes tersebut. Baca dan kaji.
3. Senario kes terbaru ini.Corak aduan, Tindakan polis, kemudian barulah kita masukkkan perkara lain perkembangan semasa pandangan dari kaca mata Cik/ Puan. Sebagai contoh cuba lihat mengapa DSAI suka mengambil pembantunya daripada golongan muda belia dan comel-comel.Dulu Azmin dan Ezam sekarang Saiful dan mungkin ada lagi yang tidak diketahui... Hah benda-benda macam ini yang akan membuka ruang orang berfikir dan merupakan perkara baru.. yang memerlukan analisis lanjut.Ini contoh....Jangan asyik-asyik konspirasi Pak Lah, Anwar, Najib...Pi mai Pimai tang Tu jugak. Itu semua dah basi buat benda baru lah.. Saya boleh menulis dengan analisis berhubung kes ini kerana saya mengkajinya...Insyaallah Wasaalam..

noryn said...

jejak suci....
Maaf.Komen anda saya terima. Apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca ialah cuma pendapat saya. Lain orang lain pendapat.
Saya bercakap tanpa menggunakan apa2 rujukan untuk dijadikan bukti tetapi saya menggunakan akal dan fitrah manusia yg dijadikan ukuran bagi setiap penulisan saya.