Saturday, July 12, 2008

SI BUTA YANG PEKAK

Najib merupakan antara "warisan"yg ditinggalkan oleh Tun Abdul Razak 22thun yg lalu seleum menghembuskan nafasnya yg terakhir. Beliau bukanlah org baru dalam dunia politik Malaysia dan boleh dikatakan beliau sudah tahu akan selok belok perjuangan seorang ahli politik. Tidak perlu untuk saya menceritakan kisah2 suka duka beliau di dalam dunia politik kerana umum sudah mengetahui akan kisah2 beliau.
Bermula selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya sbg Perdana Menteri Malaysia, dugaan sebenar terhadap Najib sudah mula dapat dirasakan. Saya tidak pasti akan sumber ini, tetapi apa yg saya tahu dari org2 yg lebih "dekat"di dalam UMNO, Najib bukanlah org yg Pak Lah cadangkan utk mengisi kekosongan tempat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Lantas timbul berbagai2 cerita d peringkat bawahan yg mengatakan Muhyiddin Yasin sebagai calon jawatan tersebut. Kenapa Muhyiddin?
Lantas, kemelut najib berpanjangan sehingga ke hari ini sehinggakan beliau terpaksa berhadapan dengan berbagai2 soalan daripada seluruh rakyat Malaysia tentang karier politik beliau. Malah, lebih menyedihkan Tun Dr.Mahathir sudah mula sangsi dengan "kekuatan"yg ada pada Najib utk menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke-6. Kalau dilihat alasan2 yg diberikan Tun terhadap Najib ada logiknya. Masakan seorang yg akan bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara terlalu takut dan sanggup bermain secara selamat(playsafe)? najib dilihat seolah2 seperti seorang "yes man" terhadap Abdullah. Kalau taat kepada ketua sekalipun, takkan sanggup melihat negara tergadai? Saya anggapkan najib seperti Hang Tuah yg setia kepada Sultan yg zalim dan tidak mengendahkan keadaan rakyat. namun, siapa pula Hang Jebatnya?
Selepas PRU12 tempoh hari, najib bersama2 dengan pucuk2 pimpinan UMNO menjelajah ke seluruh negara bagi membuat post-mortem mengenai kekalahan mengejut BN pd pilihanraya tersebut. Ketika berjumpa dengan ahli2 tertinggi peringkat bahagian di Kedah(Kelab Cinta Sayang), najib sudah mengetahui akan isi hati kesemua pemimpin2 peringkat bahagian iaitu kesemua mahukan beliau menggantikan Pak Lah menerajui UMNO. Itu belum lagi, beliau mendengar pandangan golongan akar umbi yg terdiri dari ahli2 biasa. Kenapa najib perlu mensia2kan kepercayaan yang diberikan oleh ahli2 UMNO peringkat bawahan terhadap beliau?Pentingkah seorang ketua yg gagal dalam pentadbirannya(Pak Lah) dari suara akar umbi iaitu ahli2 UMNO peringkat bawahan?
Najib antara lain menegaskan bahawa beliau mengikut tradisi UMNO dan perlu bersopan- santun dalam isu peralihan kuasa. Ini msg saya kepada beliau. "
"Lupakan soal tradisi dan adat jika tradisi dan adat itu mampu merosakkan bangsa"
Kita semua bercakap mengenai tradisi yang diwarisi oleh UMNO sejak sekian lamanya dan mendukung adat2 ketimuran seorang Melayu untuk terus hidup. Tetapi, apa guna adat dan tradisi itu jika ianya hanya akan menjahamkan org melayu itu sendiri. Menderhaka tidak patut diamalkan. Tetapi, jika menderhaka adalah satu jalan untuk menyelamatkan bangsa Melayu, apa salahnya berbuat demikian?
Strategi apa yg digunapakai oleh Najib?Saya yakin beliau lebih faham akan situasi politik sekarang. Tetapi, kenapa terlalu lambat untuk mengeluarkannya?Secara realitinya, UMNO sudah kalah "berperang". Namun, UMNO sudah lama berperang sesama sendiri sudah sekian lamanya. Kalau tidak, masakan UMNO hampir tumbang dalam PRU12?Bukan kerana ahli2nya?
Jika analisis dibuat secara rambang, jelas menunjukkan Najib seorang yang penakut, bacul dan tidak memetingkan kedudukan orang Melayu keseluruhannya. Beginikah sikap seorang bakal pemimpin no.1 negara? Najib amat2 mengetahui akan isi hati akar umbi UMNO. najib juga tahu akan desakan dari bawah supaya beliau menetang Abdullah pada PAU kali ini. Najib juga tahu, UMNO sudah rosak di bawah Pak Lah.
Kenapa Najib masih "buta" dan "pekak"? Lupakan Najib kerana beliau masih seorang yang buta dan pekak terhadap bangsanya sendiri..........................

No comments: