Sebelum saya membicarakan lebih panjang lagi tentang topik saya pada hari ini, ingin saya jelaskan di sini segala pendapat yang ingin saya utarakan di dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya dan bukannya mewakili mana-mana pihak atau orang perseorangan.
Saya tertarik pada satu isu yang pada fikiran saya banyak menimbulkan pertanyaan dan bermain di dalam kepala.
"Menyokong UMNO bermaksud menyokong pemimpinnya?"
Saya menjadi ahli UMNO ketika saya berusia awal 20an dan bolehlah dikatakan saya lahir dalam UMNO ketika era Tun Dr.Mahathir. Perjuangan UMNO adalah mutlak perjuangan orang Melayu. Taat dan patuh kepada pemimpin adalah satu lambang kemurnian yang ada dalam Melayu dan seterusnya secara tidak langsung dalam UMNO itu sendiri. Sikap dan sahsiah ini menjadi tunjang kepada UMNO sehingga UMNO masih mampu untuk bertahan sehingga ke hari ini.
Ketika semua mata tertumpu kepada hari pencalonan sehinggalah ke hari pengundian,saya terfikir seketika satu perkara iaitu :
1. Seorang calon itu datangnya dari sebuah parti yang kuat dan mampu memerintah tetapi individu tersebut lemah dan tidak mampu untuk menggalas tugas sebagai seorang pemimpin.
2. Seorang calon itu datangnya dari sebuah parti yang lemah dan pasti akan gagal memerintah sebuah negara tetapi individu tersebut seorang yang dikenali sebagai tegas,kuat dan mampu untuk menjadi pemimpin yang baik.
Dalam situasi di atas merupakan satu senario dalam kecenderungan pemilih untuk melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang pengundi. Faktor tersebut menjadi titik tolak kepada keputusan pengundi untuk meletakkan hala tuju sesebuah kawasan atau negara umumnya untuk 5 tahun akan datang.
Difahamkan pengundi2 muda akan muncul pada pilihanraya pada kali ini. Jelas sekali, saya dapat rasakan yang senario di atas akan memainkan peranan yang amat penting dalam diri mereka. Adakah jika kita menyokong UMNO bermaksud kita juga perlu menyokong individu yang mewakili UMNO sedangkan mereka sudah diketahui lemah untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat? Adakah kita akan dilabel pengkhianat UMNO jika kita menetang pemimpin dalam UMNO itu? Adakah kita akan diangkat sebagai pengkhianat bangsa Melayu jika kita mengundi calon dari pembangkang sedangkan kita tahu, calon dari pembangkang itu lebih berwibawa dari calon dari UMNO? Adakah kita akan diusir dari UMNO jika kita menentang kehendak pucuk pimpinan UMNO?
UMNO telah membuktikan senario menentang pemimpin ini sudah lama wujud di dalam UMNO. Cuma corak dan niat penentangan tersebut berlainan pada setiap waktu. UMNO pernah menjadi pincang ketika 1987 di mana wujudnya Team A dan Team B. Umum mengetahuinya walaupun mereka bukanlah ahli UMNO yang berdaftar. Ketika zaman Tunku juga wujud apabila Mahathir ( Tun ) menentang kepimpinannya. Malah ketika zaman Datuk Onn sendiri, beliau menghadapi tentangan sehingga keluar dari UMNO.
Saya terfikir satu perkara. Jika saya menentang seorang calon dari UMNO itu sendiri ketika pilihanraya atas alasan calon tersebut terbukti akan gagal mentadbir sebuah kawasan, adakah saya akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa? Adakah Mahathir ( Tun ) dianggap pengkhianat bangsa kerana menetang kepimpinan Tunku?Adakah pemimpin2 lain dalam UMNO ketika zaman Datuk Onn dianggap penkhianat bangsa kerana menentang seorang negarawan seperti Datuk Onn? adakah Team B ketika 1987 itu dianggap pengkhianat bangsa Melayu kerana menentang kepimpinan Tun ketika itu?
Jawapan ditangan anda. Jika benar mereka semua dianggap pengkhianat ketika itu, kenapa mereka boleh diangkat sebagai wira dan hulubalang2 UMNO pada hari ini?
Sebelum saya akhiri tulisan pada kali ini, adakah kita seorang pengkhianat bangsa Melayu jika kita menetang pemimpin yang ada dalam sebuah parti yang kita sayangi? Tanyalah pada diri sendiri.
1.20 am
Universiti Tenaga Nasional
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment