CABARAN PERTAMA DATUK AZEEZ DI BALING
Sebelum saya meneruskan tulisan saya ini, ingin saya nyatakan segala pendapat dan perkara2 yang ingin saya katakan ini adalah tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. Sebagai seorang yang masih bergelar mahasiswa di salah sebuah university di Malaysia, saya kira tidak patut untuk saya berbincang tentang PRU12 pada kali ini. Namun, saya rasakan tulisan ini penting untuk penduduk Baling khususnya ahli Umno Bahagian Baling.
Teka-teki politik mengenai senarai calon Barisan Nasional sudah diumumkan Datuk Seri Mahadzir Khalid. Saya tidak mahu membincangkan mengenai kawasan2 lain. Saya ingin fokuskan di Bahagian Baling, memandangkan saya ahli Pemuda Umno Bahagian ini. Dan pada tulisan saya pada kali ini saya akan memfokuskan mengenai Parlimen Baling
Saya tidak terkejut pada mulanya apabila senarai ini dikeluarkan. Malah saya sudah menjangka sejak dari awal lagi. Cuma Dun Kupang dan Dun Kuala Ketil saya kurang mengenali calon tersebut (Mungkin disebabkan saya tidak aktif berpolitik untuk menjangkakan nama2 tersebut ). Walaupun begitu elok juga saya tinggalkan seketika mengenai 2 DUN tersebut kerana saya kurang arif mengenainya.
Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Pemuda Baling, Datuk Azeez Abd Rahim kerana berjaya menjadi calon. Sebagai anak muda kawasan Baling yang sememangnya lahir dan dibesarkan di Baling hingga kini amat mengalu-alukan pencalonan Datuk Azeez sebagai wakil BN pada Pilihanraya Umum 12. Saya rasakan Datuk Azeez sudah mengetahui akan trend pengundi di Baling, cara pengundi berfikir malah ingin saya katakan Datuk Azeez juga pasti menyedari yang penduduk Baling bukannya pengundi yang bodoh.
Ini pendapat saya untuk dikongsi bersama semua penduduk Baling dan khususnya Umno Baling. Datuk Azeez akan berdepan dengan satu cabaran besar untuk mengekalkan kerusi tersebut dari jatuh ke tangan PAS. Ramai yang menyatakan beliau dilihat akan menang mudah. Namun bukan bagi saya.Kenapa saya berkata begitu?
Ini alasan saya. Datuk Azeez perlu bekerja kuat dalam tempoh berkempen ini untuk mengembalikan keyakinan penduduk Baling bahawa sebagai pengganti kepada ahli Parlimen terdahulu, beliau boleh berkhidmat jauh lebih baik dari Ahli Parlimen tersebut. Cakap2 mengenai khidmat Ahli Parlimen sebelum ini terlalu banyak didengari oleh saya yang saya perolehi dari segenap golongan usia. Ramai yang mengatakan Ahli Parlimen tersebut boleh dikatakan gagal untuk berkhidmat dengan baik. Sampaikan ada yang mengungkapkan kata2 begini.
“ Apa dah dia buat kat kita di Baling ni? Dia tak buat apa pun....Mai nak Pilihanraya baghu sebok nak kempen.Pi habih majlis2 kecik pun. Dulu nak jumpak pun susah”
Kalau ditanya pendapat saya, memang ada logik jika ada yang mengatakan begitu. Malah saya sendiri berpendapat beliau gagal untuk melaksanakan tugas beliau. Kenapa saya ungkitkan kisah lama ini walaupun beliau sudah digugurkan dari senarai calon?
Ini alasannya. Pihak pembangkang akan memainkan isu ini dan menokok tambah untuk menggambarkan semua calon2 Barisan Nasional akan gagal berkhidmat seperti bekas Ahli Parlimen tersebut. Bagi saya ini adalah suatu isu yang besar yang harus ditangani oleh Datuk Azeez dan ahli2 Umno bahagian Baling dan khususnya kepada pemuda2 Umno Baling. Untuk meyakinkan ahli Umno mungkin boleh dikatakan senang. Namun bagaimana pula untuk menyokong pengundi atas pagar? Perlu diingat status pengundi ini yang memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kemenangan sesebuah parti. Percayalah, jika kem BN umumnya dan UMNO khususnya mengambil mudah mengenai perkara ini, pasti akan mengundang padah. Jangan biarkan PAS berkuasa seperti di tahun 1999.
Perkara yang perlu ditangani oleh Datuk Azeez seterusnya adalah politik ‘cah keting.’ Perlu diingat beliau merupakan calon baru yang diketengahkan. Pasti ada yang iri hati dan dengki kerana beliau dicalonkan. Pada pendapat saya, UMNO pada 1999 kalah teruk adalah disebabkan bukan kerana kekuatan parti PAS, tetapi kelemahan UMNO itu sendiri. Kelemahan UMNO itu dating dari ahli2nya sendiri. UMNO berpecah kerana dengki. UMNO berpecah kerana rasa iri hati. Ini juga perkara penting yang kita semua sebagai AHLI PEMUDA UMNO harus tangani.
Pokok pangkalnya, walau apa cabaran sekalipun,jika kita ahli UMNO bersatu padu dan bekerjasama menangani setiap cabaran,pasti kita akan berjaya pada kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment